Sang Arnab berhenti di tebing sungai dan memikirkan tentang apa yang patut dilakukan sekarang. Pada masa yang sama pula, Sang Kura-kura berjalan perlahan-lahan, setibanya di sungai, dia berenang ke seberang dan kemudiannya berjalan semula sehingga tiba di garisan penamat. Sang Kura-kura menang.Jika anda tidak mahir dan tidak berminat dalam bidang anda. Tinggalkan bidang itu dan cari orang yang mahir dalam bidang tersebut. Jika anda minat dalam sesuatu bidang, ceburi bidang tersebut dengan sepenuh hati. Tetapkan laluan perlumbaan anda berdasarkan kelebihan dan minat yang anda miliki.
Setelah 3 kali perlumbaan. Sang Arnab dan Sang Kura-kura telah menjadi rakan karib. Mereka berbincang bersama. Mereka mendapat idea baru tentang cara meningkatkan kepantasan perlumbaan mereka.
Mereka bersetuju untuk berlumba, tetapi bukan sebagai pesaing tetapi sebagai satu pasukan.
Perlumbaan dimulakan. Sang Arnab mendukung Sang Kura-kura dibelakangnya dan memecut pantas sehingga ke sungai yang besar. Setibanya di sungai, Sang Arnab pula berada di atas Sang Kura-kura yang sedang berenang. Setibanya di seberang sungai, mereka bertukar posisi sekali lagi dan sampai ke garisan penamat dengan jayanya.
Mereka merasa lebih puas dan berjaya berbanding apa yang mereka telah lalui sebelum ini.
ULASAN
Saya tidak bercadang untuk membincangkan pengajaran yang terdapat dalam cerita ini. Namun, saya hendak membawa pembaca untuk menganalisis gaya bahasa yang digunakan dalam menulis cerita kanak-kanak seperti cerita di atas. Fokus usia pembaca cerita kanak-kanak kebiasaannya pada usia 7 hingga 12 tahun. Oleh itu, gaya bahasa yang digunakan dalam menghasilkan cerita kanak-kanak adalah lebih mudah difahami dan tidak berbelit-belit. Ayat yang digunakan pula adalah pendek bagi memudahkan pemahaman pembaca. Selain itu, kata hubung juga kurang digunakan. Sebaliknya ayat yang digunakan hanya ayat tunggal bukan ayat majmuk. Kebiasaannya cerita kanak-kanak seperti ini akan disertakan gambar ilustrasi yang menggambarkan cerita yang ingin disampaikan. Ilustrasi yang disediakan bukan sahaja memudahkan pemahaman pembaca, namun ilustrasi ini juga merupakan elemen penarik kepada kanak-kanak untuk membaca cerita tersebut.
:19
BalasHapusayo jalan2
:18
BalasHapus:46
BalasHapus